CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 11, 2011

do muslims worship a big black box in the desert?

Syeikh Yusuf Estes once said before he became a Muslim, as a christian he dont have to worship a big black box in the desert. So, do WE muslims worship the black box (kaabah)?
I came across an interesting article about this n i would like to share it here. x tau la sape jong buat artikel ni tp mohon share deh. =D

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt" 

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"
"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
"Erk.. kau betul.."
 ...........................................................................

peeepp.. kesimpulanya mudah, kita berkiblatkan kaabah sbb Allah suruh. siapa kita mempertikai arahanNya? =)

bahaya UJUB

Kita selalu dengar tentang ujub(Syirik Kecil). Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri.
Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat.
Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain.
Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti ~
"Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden :~

1 ♥ Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2 ♥ "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3 ♥ Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4 ♥ Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

  5♥ Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7 ♥ Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan.
awas2la ye..drpd ustaz azhar idrus..

Sunday, July 10, 2011

back on track!

Kita mengeluh: “Tak mungkin”
Allah menjawab: “Jika Allah menghendaki sesuatu, cukup berkata jadi! Maka jadilah.”
(QS. Yasin: 82)

Kita mengeluh: “Saya terlalu lelah”
Allah menjawab: “Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu.”
(QS. An-Naba: 9)

Kita mengeluh: “Saya tak mampu”
Allah menjawab: “Allah tidak membebankan sesuatu pada seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(QS. Al-Baqarah: 286)

Kita mengeluh: “Saya stress”
Allah menjawab: “Hanya dengan mengingat Allah, maka hati menjadi tenang.”
(QS. Ar-Ra’du: 28)

Kita mnggerutu: “Tak ada gunanya”
Allah menjawab: “Maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan seberat dzarrah, niscaya ia akan melihat kebaikannya.” (QS. Az-Zalzalah: 7) 

oleh itu... be strong!! He's always by our sides~ 

firman Allah yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dan kami tahu apa yg sering dibisik-bisikkan dengannya hatinya/jiwanya, dan kami lebih dekat kepadanya berbanding urat di lehernya sendiri" 
Surah Qaff ayat 16


Thursday, June 9, 2011

H.A.T.I


Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan

Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu. Rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa. Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita.

Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka. Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya.

Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita. Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya.

Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul. Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?

Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja buruk sangka dengan Tuhan yang melakukannya. Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.

Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina. Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja. Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.

Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Karena itulah kita disuruh berdoa: “Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.” 

sumber: cahayamukmin.blogspot.com

Monday, February 7, 2011

Antara aku, Isam & Hatim.....




Ada sorang ahli ibadah namenye Isam B Yusof. Die sngt khusyuk dlm solat tp sentiasa merasakan solatnye tak khusyuk.. Therefore die suke tnye org cmne nk khusyuk solat.

Alkisah.. One day, die g majlis ilmu yg dikendalikn oleh sorng bdk, Hatim al Isam. Berlalulah dialog antara mereka...

Isam: Uit.. Awop.. Awop solat camane?? Huhu

Hatim: Well.. Bile masuk waktu hamba wudhu' zahir n batin

Isam: Erk? Mcm mne tu awop weh???

Hatim: Larr..senang je. Wudhu' zahir mcm bese r.. Basuh anggota wudhu' dgn air.
Utk wudhu' batin plop, awop kne basuh anggota dgn 7 perkara..

Isam: Ooo. Ape benda yg 7 tu???

Hatim:
1- bertobat
2-menyesal dgn dosa yg dilakukan
3-x gila2 kn dunia (zuhud)
4-x cari atau harap kan pujian org ( riya' )
5-tinggalkan sikap bangga
6-tinggalkan sikap khianat dan menipu
7- tinggalkan sikap dengki

Isam: Ooo.... Arassoe...

Hatim: Lepas tu hamba g masjid, hadap kiblat dan diri dgn penuh kewaspadaan. Kemudian:
- bayangkan Allah kat dpnku
- syurga dikananku
- neraka dikiriku
- malaikat maut di depan ku
- dan hamba seolah olah berada di atas titian Siratol mustaqim
- hamba anggap yg solat ini adalah solatku yg terakhir, kemudian hamba niat dan takbir dgn baik.


Hatim pun bercerita dgn semangatnye..Hatim berkata lagi,

"Setiap bacaan dan doa dalam solat kupahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu. Aku bertasyah-hud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun, sebagaimana firman Allah, "Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (QS. Al An’am 6: 79)"

Isam mendengar dengan penuh takjub, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Bagaimana pula dengan kita? Solat kita? wuduk kita? TT_TT 
Wuduk zahir pon entah lepas entah tidak, inikan pula wuduk batin. Isam B Yusof yg kuat ibadah pun mencari kaedah utk khusyuk, berlebih-lebih lagi kita yg serba kekurangan ini. Sama-samalah ambil iktibar.. =)

Sunday, February 6, 2011

Shift Our Paradigm



Long tyme no blogging2. two month i guess. ngee.. 
Nothing much too share actually, just sharing a video utk sama2 kita fikirkan..

Part 1

Part 2

So what's in your mind? Ehem.. Bismillahirrahmanirrahim.. Well i don't know how to start but i'll start with a hadith

from abu hurairah, rasullullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Sebagaimana yg diketahui, tamadun Islam pernah mengungguli tamadun-tamadun lain dunia. Perkembang tamadun Islam dpt dilihat dri zaman rasulullah, khulafa' arrasyidin, kerajaan bani umayyah, abbasiyyah, sehinggalah zaman turki uthmaniyyah yang akhirnya jatuh disebabkan kelalaian umat Islam sendiri pada masa itu serta dimangkin oleh beberapa faktor lain. Sistem khalifah dihapuskan. Dan setelah itu, umat Islam terus akur dengan agenda-agenda yang diatur kemas pihak musuh yang sekian lama berazam memecah belah umat Islam. Nah..sekarang hasilnya dapat dilihat.. Keruntuhan moral dikalangan umat Islam.. No need to mention. Everyone knows. 

Islam sudah tiada dlm jiwa masyarakt Islam, Fading... and keep fading... Jd bagaimana mungkin satu tamadun Islam yang kukuh dapat dibina jika batu-batuannya sendiri bukan berupa batu? Mungkin span atau kayu yang rapuh.. Bagaimana mungkin juga Islam akan tertegak dibumi ini jika umat Islam terus lalai dan leka dibawa arus dunia. 

Namun, Allah telah menjanjikan Islam bakal kembali menerajui dunia suatu hari nanti (lupa nas.. hee).So, mahukah kita menjadi salah satu komponen yg menyumbang kpd realiti tersebut? What should we do then? Seorg ulama' dan da'ie yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata, "kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, kita perlu mendidik individu"
 
As the title suggested, Shift Our Paradigm -basically it's written on the last part of the video, all we can do is shift our paradigm, be more realistic. Imam As-Syahid Hassan al-Banna bernah berkata, "Tegakkan Islam dlm diri kamu nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu". Strive our best to be a better Muslim dan sebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat kerana sesungguhnya dakwah adalah tugas wajib dimana kita ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Wallahualam...

Well said, easy to type, but it actually is something very hard to do.. Thabbit qulubana 'ala deenik ya Rab.. Ameen~

~hanyaditarafhamba~





Saturday, December 4, 2010

Don't Ever !!



Don’t ever try to understand everything –
Some things will just never make sense.
Don’t ever be reluctant to show your feelings –
When you’re happy, give into it!
When you’re not, live with it.

Don’t ever be afraid to try to make things better –
You might be surprised at the results.
Don’t ever take the weight of the world on your shoulders.
Don’t ever feel threatened by the future –
Take life one day at a time.

Don’t ever feel guilty about the past –
What’s done is done.
Learn from any mistakes you might have done.
Don’t ever feel that you are alone –
There is always somebody there for you to reach out to…

Don’t ever forget that you can achieve so many of the things you can imagine –
Imagine that!
It’s not as hard as it seems.
Don’t ever stop loving,
Don’t ever stop believing,
Don’t ever stop dreaming your dreams.

The opportunity to grow and achieve our dreams is always there.
The possibilities to be happier, wiser, wealthier, healthier;
More involved, more alive, more confident, more responsive;
More of the person you want to be…
Are possibilities that are around each bend in the road.
It’s up to us to begin the journey.
That’s the hard part.

Don’t think of how weak you are.
Think of how strong you’re going to be.

Try to choose the road that is right for you.
Once you’ve made the choice, trust your intuition.

As you begin, believe in your choice –
And your direction,
And tell yourself that…
choose wisely~ the past cannot be changed but the future is still in your hand. that's so motivational. thanx a lot Jclub-ians. miss u guys. sob3

imported from M07J official blog