Nk dijadikan cerita... Ada seorang cikgu tadika di sebuah negara bernama Isketambola. Hoho. Diberi nama guru tersebut Mimie. Bdk2 pggil Cikgu Mimie. Owh, mcm name one of my blog followers. Heee.. Cg Mimi ni mmg comey lote, kiut miut, manis leting bla..bla..bla.. Tp yg pasti penulis lagi comey la kot. Agaga.. *kekoyaan*
Pada suatu hari, Cg Mimi telah menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari...Erm pisang.. Buat pengat pon sodap. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci...
Keesokan harinya, setiap murid membawa supek glenya a.k.a beg plastik berisi pisang masing2... Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji... Ada jgk yg dop bawa sebiji pon pisang sbb dia tak benci kat sape-sape. Bejurus budak tersebut, mcm penulis. Ehem2.. Semua pisang sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci...
"Sekarang simpan pisang tu...Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu...Inilah permainannya...Selepas seminggu kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Mimie kepada murid-muridnya... Jadi kanak2 ribena tersebut pon simpan laa pisang masing2 di dalam beg mereka...
Hari demi hari berlalu, pisang mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.. Kanak2 itu mula merungut dan marah...Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk... Huekk =p
Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan *manje molep*.. Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Cg Mimie sudah bersorak... Yeay!! Hooray!! Yatta!! Banzaii!! Zombie!! Permainan sudah tamat!! Ish3.. Budak2 ini.. Xde sorang pon sebut Alhamdulillah. Ngeee~Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa... Pheww!
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mimie.
"BUSUKNYAAAA.....!!!" Semuanya serentak mengatakan mereka benci bangat sama permainan itu.. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir... Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan , mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk... Sangat jujur kanak2 riang ini dalam menjaga amanah permainan. Good3.. Anak2 sapa la nih. Hehe
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati...Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cg Mimie.
Moral of the story is simple. Jgnla benci membenci sesama saudara kerana sesungguhnya Islam menganjurkan umatnye saling menyayangi, bertolak ansur dan sentiasa memaafkan org lain. Perasaan benci, iri hati dan segala mcm unsur negatif ini bukan sahaja membawa mudarat pd individu malah lebih besar lagi membawa perpecahan umat. Huhu. So, jagalah hati agar tidak menyimpan perasaan benci terhadap org lain. Hepi ending. Weee=p
Wallahualam~