Di suatu pagi yang dingin tahun lepas.. (tido pon sodap)..
adeh.. lengoh blari wess.. who0o!! awalnye deorg sampai kelas!
Marie, Samuel, Ozy, Ilektra, Ippolity n Matheo tercegat depan pintu lecture hall. Pheeeeeeewwwwwwww~ seb baek prof dok sapa lagi..
MORNING GUYS!! mane pulok la prof nih.. dop sabo doh ni nok blajo Latin. hee~
tiba-tiba... HAIISYIUUUMM..!! makk aihh.. setok karung ambe.. Marie bersin daa.. selsema kot musim2 sejuk nih..
Samuel : God bless
Ozy : God bless
Ilektra : God bless
Matheo: God bless
Munee : Yarhamukillah..
Marie, Samuel, Ozy, Ilektra, Ippolity n Matheo : ?????????*staring*
Munee: errkk.. *gulp*
Marie : come again??
Munee: ayyaakk.. ermm. nothing. u'r ill.. hoho *silap sebut beb. terbiasa kot*
Marie: Aaaaa Choooh!! excuse me..
Ippo: eeeuuwwww~
hakk elaaah.. kerek je Ippo, mcm ye dop ajen bersin.. hua3..
*************************************************************************
cerita di atas sinun tu hanya intro ye tuan-tuan dan puan-puan.. dop pandai wat intro gempak2 ambe.. hohoho.. malam tadi kak Ijti bacekan hadis psl bersin2 nih.. so, nk share la sikit sebanyak yg sy dpt.. omputih kate sharing is caring maa.. weeee =p
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu mencintai bersin dan benci kepada menguap. Maka apabila seseorang di antara engkau semua bersin dan ia memuji kepada Allah Ta'ala - yakni mengucapkan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)- maka menjadi hak atas setiap orang Muslim yang mendengarnya supaya ia mengucapkan padanya: Yarhamukallah (يَرْحَمُكَ اللَّهُ) , yakni: "Semoga engkau diberi kerahmatan oleh Allah. Adapun menguap, maka hanyasanya menguap itu dari syaitan. Maka apabila seseorang di antara engkau semua menguap, hendaklah menolaknya sekuat mungkin, sebab sesungguhnya seseorang di antara engkau semua itu apabila menguap maka ketawalah syaitan daripadanya itu."
(Riwayat Bukhari)
besides, dalam riwayat lain pula...
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah
mengucapkan: "الْحَمْدُ لِلَّهِ"dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan: Yarhamukallah (يَرْحَمُكَ اللَّهُ) Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan: Yarhamukallah, maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan: Yahdikumullah wayush-lihu balakum (يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ) artinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.
(Riwayat Bukhari)
Dari Abu Musa r.a. pula, katanya:
Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin lalu ia mengucapkan: Alhamdulillah, maka tasymitkanlah ia - yakni doakan ia supaya memperoleh kerahmatan Allah dengan mengucapkan: Yarhamukallah. Tetapi jikalau ia tidak mengucapkan: Alhamdulillah, maka janganlah engkau semua mentasymitkannya."
(Riwayat Muslim)
selain itu, dari Anas r.a., katanya:
"Ada dua orang yang sedang berada disisi Nabi s.a.w., lalu beliau s.a.w. mentasymitkan pada yang seorang di antara keduanya itu - waktu ia bersin, tetapi tidak mentasymitkan kepada yang lainnya. Lalu berkatalah orang yang tidak ditasymitkan oleh beliau itu: "Si Fulan ini bersin lalu anda mentasymitkan ia, sedang sayapun bersin, tetapi anda tidak mentasymitkan saya. Apakah sebabnya?" Beliau s.a.w. menjawab: "Orang ini setelah bersin mengucapkan Alhamdulillah, sedang engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah." (Muttafaq 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu apabila bersin, lalu meletakkan tangannya atau bajunya pada mulutnya dan memperlahankan - atau tidak memperdengarkan - suaranya karena bersinnya itu."
Dari Abu Musa r.a. pula, katanya:
orang Yahudi sengaja buat-buat bersin
di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan :
Moga Allah merahmatimu kamu (يَرْحَمُكَ اللَّهُ), Namun Nabi hanya menyebut :
Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu (يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ)
(Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)
Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu".
Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.
Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)
********************************************
perghh.. pjg lebar jgk bab bersin nih.. bersin je kot.. hehe.. ni menunjukkan betapa Islam agama yg syumul. the way of life kan.. weee~ ingt nk cerita bab bersin dr sudut kesihatan.. pjg la pulok jdnye.. mls! org nk bace pon mls kot. haha... HAA.. HAA.. HAAAASSYYYUUMM...!!*sneezing*.. Alhamdulillah.. sila balas "yarhamukillah" ye anda2.. hehe=p
who0opps.. orange pon bersin derr~
comey ngaaatt :D
2 comments:
ACCCCEM.HAHAkuat awop blogging.
yarhamukallah.. hohoho..
blog sayo kan ikot sayo nok wat gapo pon.. hahha
Post a Comment