Tatkala kita2 ni sedang menghadap laptop, study, menonton tv dan melakukan lain-lain aktiviti di rumah, umat Islam di tanah suci mekah pula sibuk menunaikan haji. Teringat akan satu kisah lama yang berlaku beberapa tahun lepas yang boleh kita renung-renungkan.
Dari channel online Islamik, MAJD telah berlangsungnya suatu program yang bertajuk One Famili, diketuai speakernya, Dr. Yahya Alyahya (Ketua CALL to Islam Committee, Amerika Syarikat). Beliau menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam Amerika yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam. Ketika mereka menonton tv secara live, broadcast dari Kaabah, orang amerika tersebut menyatakan betapa kagumnya dia melihat sebegitu ramai berjuta-juta orang bersesak-sesak berada di dalam Masjidil Haram.
Dr Yahya bertanyakan kepada orang amerika tersebut, “Pada pandangan anda, berapa lamakah anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam baris dan mula solat?”
“Sekurang-kurangnya 2-3 jam?”, orang amerika itu menekanya.
Dr Yahya menyambung, “Tapi masjid itu (Masjidil Haram) keseluruhannya mempunyai 4 tingkat”
Orang amerika pantas menjawab, “Oh, ini sudah tentu akan memakan masa 12 jam untuk menyusunnya!”
Dr Yahya sekali lagi menambah, “Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dengan bahasa yang berbeza”
Orang Amerika semakin bingung dan terus berkata "Ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan dengan apa cara sekalipun!”
Tatkala mereka rancak berbincang, tiba-tiba imam di tv berkata "estawoo" (tetapkan dirimu). Dan dalam beberapa saat, seluruh pemandangan berubah dan kerumunan berjuta-juta umat Islam menetapkan diri sendiri dalam baris dengan teratur dengan baik dalam masa beberapa saat sahaja untuk menunaikan solat isyak!
Orang Amerika menatap kaca TV untuk beberapa saat dan kemudian terus berkata, “ash-hadu allah ilaha illa allah wa ash-hadu anna mohammadan rasulullah (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah)”
Subhanallah! Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Allah berhak mengurniakannya kepada sesiapa pun. So, don't stop promoting the beauty of Islam! =)
Selamat hari raya aidil adha diucapkan kepada seluruh umat Islam dan semoga mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah, memperoleh Haji Mabrur. InsyaAllah. Taqabbalallah minna wa minkum!
4 comments:
semoga umi abah dan yang lain mendapat haji mabrur dan mnjd insan bertakwa.
selamat ari raya dari kejauhan buat insan comey yang disayangi.hik3
jangan sedih2 des
jangan ponteng kelas
jangan laro2
jangan seksi2
ermm.. slmt ari raye. hoho
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
- Daniel
merci daniel
Post a Comment