CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 16, 2010

Kisah Ulat dan Nabi Daud a.s



Salam.. hari ini hamba ingin berkongsi tentang hormat-menghormati sesama makhluk Allah (ayat juruh). Ikutilah sirah ini and think because to live without thinking is to shoot without aiming =p


Ehem.. Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba2 baginda terpandang seekor ulat merah pada debu...


comey ulat nih.. =p


Lalu Nabi Daud a.s berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" 


Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata...Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s... "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallah walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa salim' setiap malam sebanyak 1000kali... 


Setelah ulat itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s... "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" 


Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan baginda sangat takut kepada Allah s.w.t, maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t... Wallahualam...


Begitulah sikap para Nabi a.s apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t...


Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama2 kita tumpangi ini walaupun seekor ulat ataupun semut. Owh, saya jumpa tiga ekor semut siang tadi. Belum pernah saya jumpa semut di bumi 'peti ais' ini. *excited* =)



3 comments:

haway mutasawwil said...

hari ini hamba ingin berkongsi tentang hormat-menghormati sesama makhluk Allah.juruh molep ayat.hehe

ulat merah comel dh.tp comey comel lg.miahaha.samo2 la kita berfikir stiap kisah para nabi.ada hikmah yg tersembunyi

maila umah saya di bumi malu ini.byk semut.weee

muneera said...

haha. dop reti la nk wat ayat jurus yg formal. =p

p/s: bo ngepom ari raye nih.

Anonymous said...

baguih2....
luaskan pggunaan HAMBA..